seriously ewan terkejut bile bace artikel ttg majlis solat hajt yg dia adakan oleh pakatan rakyat(PR) kat permatang pauh sejak baru2 nie...

yer la, mane tak pelik bin ajaib nye, coz dlm doa/hajat yg diorang mintak yg ESA tu, diorang mintak utk memusnahkan saudara seislam dgn diorang....ade ke patut????

mmg melampau org2 PR ni... its too much... klau yer pon nk mintak hajat dlm solat hajat, mintak la supaye Allah memberi kemenangan kat diorang...bukan nye mintak tuhan musnah kn saudara yg same agama dgn die... mmg taksub sungguh diorang nie...

so, tak menjadi kehairanan la, if suatu ari nanti, kate kn la puak2 pelampau nie (PR) jadi pemimpin negara kite, abes la penduduk malaysia yg beragama islam.... tau sebab ape??
sebab diorang nie akan wat solat hajat n mintak Allah musnah kn org islam kat malaysia nie....

skrng nie tuhan dah bagi pentunjuk kat penduduk permatang pauh, sape yg patut diorang undi...
patut ke kite undi org nk musnah kn saudara se islam???? tu la, if tuhan nk tunjuk, tuhan akan tunjuk secare "CASH"....... biar terbeliak biji mate tu!!!!

----------------------------------------------------------------------------------------------

‘Doa musnah sesama Islam’

PERMATANG PAUH 25 Ogos – Majlis solat munajat meminta kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Bandar Baru Perda malam semalam turut bergema dengan doa meminta ‘dimusnahkan’ Timbalan Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan pengadu kes liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Doa yang dibacakan selepas solat Maghrib itu antara lain berbunyi: ‘‘Ya Allah... musnahkan Mohd. Saiful... (Tan Sri) Musa Hassan... (Tan Sri) Gani Patail... (Datuk Seri) Najib...”

Bacaan doa tersebut dipimpin oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrul Amin yang bergema kuat melalui pembesar suara ke kawasan perumahan di sekitar masjid itu.

Mendoakan keburukan untuk orang lain adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Rasulullah SAW melarang umatnya berdoa seperti yang dilaungkan di Masjid Bandar Perda itu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berceramah di masjid itu. Bagaimanapun beliau hanya tiba selepas waktu Isya dan tidak menyertai majlis doa munajat itu.

Ramai ahli Pas dari luar kawasan turut hadir di Masjid Bandar Baru Perda dan mereka melaungkan takbir bertalu-talu.

Majlis solat munajat Pakatan Rakyat turut diadakan di beberapa masjid lain sejak Jumaat lalu.

Pada masa yang sama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menganjurkan solat munajat di Masjid Jalan Baru, Seberang Jaya pada 23 Ogos diikuti di Masjid Mengkuang Titi semalam.

Menurut risalah PPIM yang diedarkan di masjid-masjid di Permatang Pauh, solat munajat adalah cara terbaik untuk mencari kebenaran tanpa mendoakan kemusnahan sesama Islam.

PPIM menekankan, jelas kini kemelut yang berlaku semakin menghimpit dan menimbulkan banyak tanda tanya selain tuduh menuduh dan kutuk mengutuk yang melibatkan seluruh masyarakat negara ini.

‘‘Lantaran itulah persatuan (PPIM) ingin mengambil langkah proaktif demi memelihara ukhuwah sesama umat Islam,” kata risalah itu.

Newer Posts Older Posts Home