what a historic day!!! ewan pon terkejut ngan berita ari nie....RAZAK BAGINDA BEBAS!!...
terkejut kn?? bagi sesiapa yg ilut kes tu, mmg terkejut gak la ngan berita nie..ewan nie, tak der la ikut sgt, but sepanjang setahun kes tu dibicarakn, ewan dpt tangkap several important points...
so, leh dikatekan, ewan leh pham ngan perkembangan kes tu..
"Hakim Datuk Mohd. Zaki Md Yasin memutuskan membebaskan Abdul Razak, 48, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat."
"Bagaimanapun, Hakim Mohd. Zaki memerintahkan dua tertuduh utama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya."
ermmm... pas nie, tumpuan kiter kat Azilah n Sirul la pulak kn... tp ewan yakin, pihak pendakwaan for sure akn wat rayuan utk kes nie.. tak kn diorang nk mgaku kalah cam tu jer kn... tul taK??
actually, tu la style lawyer dalm perbicaraan... coz we believe, tak der yg berlaku secara kebetulan... semua yg berlaku coz ader sebab.... so, in order to solve it, sebab tu harus dicari, then pas tu, kiter same2 determine ape kh solution yg leh kiter wat....
kat sini, ewan sertakan PENGHAKIMAN BERTULIS OLEH HAKIM DATUK MOHD ZAKI utk pembebasa Razak Baginda...
------------------------------------------------------------------------------------------------
Alasan penghakiman Razak Baginda dibebas
Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin (gambar) dalam penghakiman bertulis setebal 11 muka surat menyentuh afidavit (P436) yang diikrarkan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda.
Eksibit P436 itu adalah kenyataan bersumpah yang diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, Wong Ah Ying iaitu salah seorang saksi yang ditawarkan pihak pendakwaan kepada pembelaan.
Oleh kerana kenyataan beramaran dan perakuan bersumpah adalah berbeza, afidavit tersebut juga bukanlah sebahagian daripada proses penyiasatan.
"Memandangkan afidavit (P436) kini sebahagian kes pendakwaan, maka pada pandangan saya (Hakim Mohd. Zaki), keseluruhan kandungan bahan bukti tersebut, termasuklah bahagian yang tidak disentuh, mesti diberikan pertimbangan seperti keterangan lain yang dikemukakan pendakwaan.
"Sehubungan itu, persoalan mengenai menggantung atau menangguhkan mana-mana bahagian di dalam P436 dalam prosiding selanjutnya, tidak timbul," kata hakim berkenaan.
Hakim itu juga menyentuh satu demi satu perenggan yang terkandung dalam afidavit Abdul Razak seperti berikut:
Perenggan 25: Walaupun saya telah melantik P. Bala Subramaniam, namun gangguan oleh si mati ke atas saya dan keluarga saya masih berterusan. Oleh itu, saya minta bantuan tambahan daripada seorang pegawai polis bernama DSP Musa Safri (DSP Musa). Saya dapat berkenalan dengan DSP Musa semasa saya mengendalikan urusan rasmi Malaysian Strategic Research Centre (MSRC) (sebuah pertubuhan bukan kerajaan) yang bukan membuat untung (non profit).
Perenggan 26: Saya telah meminta DSP Musa (permintaan kepada DSP Musa) untuk:
(a) Membantu dalam pemasangan peti surat polis di rumah bapa saya yang beralamat di atas (rumah saya) di mana saya tinggal bersama keluarga saya;
(b) Saya juga meminta bantuan DSP Musa untuk membolehkan pihak polis menghantar kereta polis untuk meronda di sekitar rumah saya; dan
(c) Memperkenalkan seorang pegawai polis yang bertugas di IPD Brickfields (rumah saya yang terletak dalam bidang kuasa polis daerah tersebut) untuk membantu mengenai gangguan oleh si mati.
Perenggan 27: DSP Musa memberitahu bahawa beliau akan membantu dengan memperkenalkan seorang pegawai polis untuk membantu saya kemudian.
Perenggan 28: Pada 16 Oktober 2006 dalam suatu perjumpaan antara saya dengan Bala Subramaniam dan Dhiren Norendra (peguam keluarga Abdul Razak), Bala Subramaniam telah menyarankan aduan dibuat untuk mengusir (deport) si mati dari Malaysia. Saya dan Dhiren menolak cadangan ini dengan tegas.
Perenggan 29: Pada sebelah pagi 17 Oktober 2006, si mati telah datang ke rumah saya untuk cuba berjumpa dengan saya, dan lawatan ini (lawatan rumah) diketahui oleh Mazlinda Makhzan (isteri Abdul Razak). Saya tidak berada di rumah saya pada masa itu.
Perenggan 30: Pada sebelah malam 17 Oktober 2006, saya berada di rumah saya bersama dengan keluarga saya apabila terdapat kekecohan di luar rumah saya (kekecohan pertama).
Perenggan 31: Saya terus memanggil telefon bimbit DSP Musa tetapi malangnya saya gagal menghubunginya. Selepas itu, saya memanggil P. Bala Subramaniam dan Dhiren untuk membantu. Akibatnya, sebuah kereta polis tiba di rumah saya dan menyelesaikan kekecohan pertama. Saya tidak membuat laporan polis mengenai kekecohan pertama kerana Dhiren tidak menasihati saya untuk membuat demikian.
Perenggan 32: DSP Musa kemudiannya menelefon saya dan memberitahu bahawa seorang pegawai polis akan menelefon saya untuk menghulurkan bantuan mengenai gangguan oleh si mati. Menurut DSP Musa, pegawai polis yang akan memanggil saya kenal Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Brickfields (KBSJD).
Perenggan 33: Pada sebelah pagi 18 Oktober 2006 Azilah menelefon saya dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis yang disarankan oleh DSP Musa untuk membantu saya mengenai gangguan si mati.
Perenggan 34: Saya kemudiannya berjumpa dengan Azilah di pejabat saya di mana:
a) Saya telah memberitahu Azilah tentang kekecohan pertama;
b) ......... (kenyataan menimbulkan prejudis).
c) Selepas teguran pertama saya, Azilah menanya bagaimana Azilah boleh membantu mengenai gangguan si mati. Saya meminta bantuan Azilah agar:
i) Pihak polis boleh meronda sekitar rumah saya. Untuk tujuan ini, saya memberi maklumat mengenai alamat rumah saya, nama bapa saya, nama si mati, Hotel Malaya di mana si mati tinggal (mengikut maklumat yang diberi P. Bala Subramaniam kepada saya); dan
ii) Memperkenalkan seorang pegawai polis di daerah Brickfields kepada saya;
d) Saya memberitahu Azilah mengenai pelantikan Balasubramaniam serta memberi nama dan nombor telefon bimbitnya 012-2409311 kepada Azilah.
e) Sebelum Azilah meninggalkan pejabat saya, Azilah telah meminta saya memaklumkannya jika si mati mengganggu saya atau keluarga saya terkemudiannya. (Permintaan Azilah).
Perenggan 35: Pada 19 Oktober 2006, Balasubramaniam menelefon saya. Pada masa itu saya berada di luar rumah saya bersama keluarga berbuka puasa. Bala Subaramaniam memberitahu saya terdapat kekecohan sekali lagi di luar rumah saya (kekecohan kedua). Memandangkan permintaan Azilah, saya terus menelefon Azilah untuk meminta tolong.
Perenggan 37: Bala Subramaniam kemudiannya memberitahu saya bahawa ada tiga orang polis berpakaian preman telah datang ke rumah saya dalam sebuah kereta yang tidak ditandakan 'Polis' dan telah membawa si mati bersama-sama dengan mereka dalam kereta itu. Saya percaya anggota polis tersebut telah membawa si mati ke balai polis untuk disoal oleh pihak polis.
Perenggan 38: Pada 20 Oktober 2006, saya telah pergi ke Pejabat TPM atas urusan rasmi dan telah bertembung dengan DSP Musa (Perjumpaan dengan DSP Musa). Dalam perjumpaan itu, saya menanya DSP Musa apa yang berlaku selepas kekecohan kedua dan DSP Musa memberitahu saya bahawa Azilah tidak mengatakan apa-apa. Untuk beberapa hari selepas itu, saya terus menanya DSP Musa mengenai si mati, sama ada melalui telefon ataupun apabila saya bertembung dengan DSP Musa semasa kerja saya dengan MSRC, dan jawapan DSP Musa adalah sentiasa sama.
Hakim Mohd. Zaki mengulas:
"Sekarang, bolehkah bahagian (perenggan) tersebut diketepikan atau ditolak? Pada hemat saya memandangkan ketiadaan keterangan untuk menyangkal fakta-fakta tersebut. Maka tiada beban atau keperluan di sisi undang-undang bagi Abdul Razak untuk menyangkal andaian yang ditimbulkan terhadapnya.
"Saya sehubungan itu bersetuju dengan hujah peguam Abdul Razak bahawa bahagian-bahagian yang tidak disentuh (dalam afidavit) telah disokong oleh keterangan saksi pertama pendakwa, P. Balasuramaniam, SP 6 (Burmaa Oyuchimeg), SP7 (Lans Koperal Rohaniza Roslan, SP9 (Siti Aishah Mohd. Azlan). Dan, keadaan persekitaran lain telah begitu nyata menyangkal perbuatan bersubahat seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan terhadap Abdul Razak.
"Justeru, pada hemat saya, apabila elemen penting dalam perbuatan bersubahat iaitu secara menghasut, secara berkonspirasi dan melalui bantuan dan dalam konteks kes ini, kematian Altantuya tidak dibuktikan atas dasar keterangan prima facie, sebarang kesimpulan lain dan keraguan yang mesti diselesaikan, memihak kepada tertuduh. Adalah bukan tanggungjawab mahkamah untuk memanggil Abdul Razak membela diri semata-mata untuk menjelaskan keraguan tertentu.
"Berdasarkan perintah yang saya sebutkan tadi dan membuat penilaian secara maksimum terhadap keseluruhan keterangan lain yang dikemukakan, saya berpuas hati terdapat kes prima facie terhadap Azilah dan Sirul Azhar yang perlu dijawab seperti yang telah dipertuduhkan terhadap mereka.
"Sehubungan itu, saya memerintahkan Azilah dan Sirul Azhar dipanggil untuk membela diri mereka. Bagi Abdul Razak pula, saya mendapati tiada kes prima facie untuk tertuduh ketiga menjawabnya. Abdul Razak oleh itu, dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan.''
0 comments:
Post a Comment