Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti Dimasuk Dalam Rekod

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari Sabtu dimasukkan dalam Malaysia Book of Records sebagai debat paling lama diadakan.Debat dalam bahasa Malaysia itu telah diadakan di DBP selama lima hari mulai 19 Dis dan berakhir 1 tengah hari Sabtu.

Debat julung kali itu yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 DBP dan UiTM disertai 390 peserta dari 130 pasukan yang terdiri daripada penuntut universiti, kolej, sekolah menengah dan individu.Antara sekolah yang turut serta ialah Sekolah Seri Mersing Johor, Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa dan Sekolah Alam Shah.

Setiap pasukan yang mengandungi tiga orang wakil membahaskan beberapa usul daripada 200 usul yang ditetapkan yang mencakupi antaranya isu penduduk, bahasa, integriti, perpaduan, alam sekitar dan hiburan.Setiap perbahasan diberi tempoh sejam yang selepas itu akan segera disambung pula oleh kumpulan debat yang lain pula.Sebanyak dua bilik perbahasan disediakan.

Naib Canselor UiTM Datuk Prof Dr Ibrahim Abu Shah kemudiannya memberitahu pemberita tujuan debat itu antara lain adalah untuk melihat keupayaan pendebat menggunakan bahasa Malaysia dengan berkesan.Beliau berharap program itu akan diteruskan pada masa depan.Pegawai Malaysia Book of Records Faridah Hanem Ab Rashid berkata debat tersebut akan dicalonkan untuk dimasukkan dalam Guinness World Records.-- BERNAMA

---- akhir nye, aku dapat selesai kan debat 100 jam tanap henti baru2 nie.. start 19 dis sampai la kol 1.30pm 23 dis baru2 nie... 100 jam 44 minit.. alhamdulillah.. bersyukur ewan..

sepanjang berlangsung nyer debat tersebut, ewan and team ewan ( pasukan debat perindu) telah pon menjayakan lebih 10 jam perdebatan yang melibatkan lebih 10 usul... antara nye
1- singapura, penjenayah rantau kita
2- keangkuhan bush, kini di penghujung
3-politik kepartian merosakkan.

link ----> [1] [2]

3 comments:

wow.. masukkan nama dalam MBR!! wow!!

wan sendiri pun ada pengalaman cam ni gak, tapi biasa punya je.. yg buat dodol terpanjang bagai tu.. bosan ah...

im proud... sure BM anda power kan? hahaha

January 16, 2007 at 7:04 PM  

BM power??
tak der la.. biaser jer..
actually, ewan n debat dah mmg tak leh nk pisahkan lagi... thats y lah i wut semua nyer demi debat!!

January 23, 2007 at 11:31 PM  

mne sijilnyer..
smpi skang pon X dpt bang..
MTD...

May 13, 2007 at 11:41 PM  

Newer Post Older Post Home